Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Koyak Tak Berbunyi

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sesuatu keaiban yang berlaku dengan tidak diketahui orang.

Categories Peribahasa

Kuah Sama Dihirup, Sambal Sama Dicolek

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Bersama-sama ketika senang atau susah.

Categories Peribahasa

Kuah Tertunggang Ke Nasi, Nasi Akan Dimakan Juga

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perkahwinan antara keluarga sendiri.

Categories Peribahasa

Kuat Akar Kerana Tunjang, Kuat Tunjang Kerana Akar

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kelebihan sesuatu kaum itu kerana bermuafakat antara satu sama lain.

Categories Peribahasa

Kuat Berdiri Pohon Kerana Akarnya, Kuat Akar Kerana Tanah

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kekuatan sesebuah kerajaan kerana orang besarnya, kuat orang besar pula kerana sokongan padu rakyat.

Categories Peribahasa

Kuat Burung Kerana Sayap

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Setiap orang mempunyai kekuatan tersendiri.

Categories Peribahasa

Kucing Lalu, Tikus Tiada Berdecit Lagi

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Apabila orang yang ditakuti datang, orang yang bising pun diam.

Categories Peribahasa

Kuda Yang Baik Tidak Bercerai Daripada Pelananya

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang rajin sentiasa disuruh orang.

Categories Peribahasa

Kuda Yang Pantas Tiada Berkehendakkan Cemeti

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang rajin dan pandai, pekerjaannya tidak perlu diawasi.

Categories Peribahasa

Kudis Menjadi Tokak

June 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perkara yang kecil menjadi besar jika dibiarkan.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page184 Page185 Page186 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!