Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Membungkus Tulang Dengan Daun Talas

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menyembunyikan rahsia dengan tidak berhati-hati hingga mudah diketahui orang.

Categories Peribahasa

Memecah Damar Di Atas Loteng

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menggunakan simpanan atau menggadaikan harta pusaka untuk menambah penghasilan yang tidak cukup.

Categories Peribahasa

Memecahkan Tuba

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud: Menyiarkan berita yang dapat memudaratkan orang apabila mendengarnya.

Categories Peribahasa

Memegang Besi Panas

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak tetap kerana khuatir atau takut.

Categories Peribahasa

Memegang Erat, Menggenggam Teguh

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pendirian yang teguh.

Categories Peribahasa

Memelihara Gajah Putih

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud: Menyusahkan diri kerana memelihara atau membina binaan yang cantik tetapi tidak mendatangkan faedah.

Categories Peribahasa

Memelihara Penyengat Di Dalam Baju

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Menyimpan musuh dalam rumah tangga sendiri akhirnya akan membawa kecelakaan.

Categories Peribahasa

Memepas Di Dalam Belanga

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mencari keuntungan daripada keluarga atau kawan sendiri.

Categories Peribahasa

Memerah Kain Basah Orang

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat faedah.

Categories Peribahasa

Memetik Kecapi Bertali Sumbang Seperti Serunai Berbunyi Gambang

June 23, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham bagi orang yang mendengarnya.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page216 Page217 Page218 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!