Orang Mengantuk Disorongkan Bantal

Maksud : Mendapat sesuatu yang dihajati atau yang dinanti-nantikan. Contoh Ayat : Apabila syarikat itu menawarkan biasiswa kepadanya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, peluang tersebut ibarat orang mengantuk disorongkan bantal kerana itulah yang telah lama diimpikannya.