Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Pandai Menyelisip Sedang Berlaga

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Pandai mencari kesenangan walaupun dalam keadaan bahaya atau susah.

Categories Peribahasa

Pandai Menyipat Tidak Pandai Menarah

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tahu menyuruh sahaja tetapi tidak tahu membuat kerja.

Categories Peribahasa

Pandai Seperti Pisau Raut; Bongkok Orang Dapat Dibetulkan, Bongkok Sendiri Tinggal Kekal

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hanya pandai membaiki kesalahan orang tetapi tidak dapat membaiki kesalahan sendiri.

Categories Peribahasa

Pandang Anak Pandang Menantu

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Memilih menantu biar sepadan dengan anak.

Categories Peribahasa

Pandang Jauh Dilayangkan, Pandang Dekat Ditukikkan

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Memeriksa sesuatu dengan cermat atau teliti.

Categories Peribahasa

Pandang-Pandang Orang Dijadikan Ganti Tubuh; Pertama Tegak, Kedua Roboh

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Wakil dalam sesuatu perkara perlu dipilih dengan teliti kerana kalau baik dan setia selamatlah, tetapi kalau jahat dan tidak jujur binasalah.

Categories Peribahasa

Pangsa Menunjukkan Bangsa, Umpama Durian

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kelakuan dan bicara seseorang itu menunjukkan perangainya.

Categories Peribahasa

Panjang Beri Beruas, Pendek Beri Berbuku

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Segala pekerjaan harus diberi aturannya.

Categories Peribahasa

Panjang Bibir Orang Memperkatakan

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Seseorang yang tidak henti-henti memperkatakan perihal orang lain.

Categories Peribahasa

Panjang Langkah Koyak Pesak Seluar, Tinggi Loncat Tembuk Ubun-Ubun

June 18, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Melakukan sesuatu pekerjaan yang melebihi kesanggupan diri akhirnya mendatangkan kebinasaan.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page253 Page254 Page255 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!