Bagai Api Dengan Asap

Maksud : Sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi. Ayat Contoh : Persahabatan Aiman dan Hafiz bagai api dengan asap, sehingga mereka sentiasa saling membantu dalam apa jua keadaan.

Bagai Api Makan Dedak

Maksud : Perbuatan jahat yang tidak kelihatan. Contoh Ayat : Dia berpura-pura jujur di hadapan majikan, namun diam-diam menyeleweng wang syarikat; perbuatannya seperti bagai api makan dedak.

Bagai Aur Dengan Tebing

Maksud : Persahabatan yang rukun dan saling menolong. Contoh Ayat : Amir dan Amirul sentiasa bekerjasama dalam menguruskan perniagaan mereka serta saling membantu ketika menghadapi kesusahan seperti bagai aur dengan tebing.