Seperti Seludang Menolakkan Mayang
Maksud : Menyombong atau membanggakan kelebihan diri. Ayat Contoh : Perempuan itu seperti seludang menolakkan mayang kerana tidak putus-putus bercerita tentang suaminya yang kaya-raya.
Maksud : Menyombong atau membanggakan kelebihan diri. Ayat Contoh : Perempuan itu seperti seludang menolakkan mayang kerana tidak putus-putus bercerita tentang suaminya yang kaya-raya.
Maksud : Dalam sesuatu keluarga ada kalanya berselisih juga. Ayat Contoh : Sebuah keluarga yang paling bahagia sekalipun pasti akan berselisih juga sekali-sekala, seperti senduk dengan periuk, sentuh-menyentuh.
Maksud : Datang dan kemudian pergi lagi. Ayat Contoh : Danish menjenguk orang tuanya di kampung seperti pepatung menjilat air.
Maksud : Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan dan pangkat. Ayat Contoh : “Aku tidak menyangka bahawa Yusri yang dulunya sangat suka menolong orang, menjadi sombong setelah mewarisi harta daripada bapa saudaranya itu. Dia seperti si buta mendapat tongkat, dipukulkan buta-tuli,” kata Salleh kepada Fazrul.
Maksud : Ingin melakukan sesuatu yang tidak mungkin tercapai. Ayat Contoh : “Cita-cita engkau ingin membina mahligai di atas pulau itu seperti si cebol hendak mencapai bulan kerana untuk membina bangsal pun kau tidak mampu,” sindir Mak Mah.
Maksud : Sangat gembira dan kasih akan sesuatu yang baru diperoleh setelah puas berusaha. Ayat Contoh : Setelah sekian lama bekerja dan berhempas-pulas mengumpulkan wang, akhirnya Pak Herman mampu membeli sebuah kereta. Meskipun sudah buruk, namun dijaganya dengan penuh kasih sayang, seperti si mandul baru beranak.
Maksud : Orang yang kembali kepada asalnya; kena pada tempatnya. Ayat Contoh : Setelah bertahun-tahun berpisah dan membawa haluan masing-masing, Zaquan dan Aminah telah rujuk kembali, seperti sirih pulang ke gagang.
Maksud : Orang miskin dan hina tidak dipeduli atau dipandang orang. Ayat Contoh : : “Kita ini seperti suatu biji sesawi dalam rumput, kalau tidak berusaha untuk mencari kekayaan dan meningkatkan diri sendiri tentu tiada sesiapa pun yang sudi memandang kita,” luah Mikael kepada isterinya.
Maksud : Sesuatu yang sudah bagus, beroleh darjat yang bagus pula. Ayat Contoh : Anak raja Tanjong Pura yang hanyut di laut itu telah berkahwin dengan puteri ratu Majapahit dan kini dilantik menjadi ratu bagi menggantikan ayahanda mentua baginda. Nasib baginda seperti sutera dalam lukisan.
Maksud : Perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk kepentingan diri sendiri). Ayat Contoh : Suhaila seperti talam dua muka apabila Anggun dan Anggerik bermusuhan.