Sudah Biasa Makan Kerak
Maksud : Sudah biasa mengalami kesukaran hidup. Ayat Contoh : Para pekerja asing yang sudah biasa makan kerak di negara asal menyebabkan mereka sanggup menerima apa-apa sahaja kerja yang diberikan.
Maksud : Sudah biasa mengalami kesukaran hidup. Ayat Contoh : Para pekerja asing yang sudah biasa makan kerak di negara asal menyebabkan mereka sanggup menerima apa-apa sahaja kerja yang diberikan.
Maksud : Jangan dibesar-besarkan sesuatu yang buruk. Ayat Contoh : Kejadian salah laku tidak bermaruah tidak perlulah terlalu dihebahkan oleh media massa kerana kesan negatifnya terhadap remaja lebih banyak berbanding dengan kebaikan, sudah bongkok jangan menyerangguh.
Maksud : Kalau sendiri buat jahat jangan dibawa-bawa kepada orang lain pula. Ayat Contoh : “Cukuplah kamu seorang yang suka berjudi, jangan pula mempengaruhi anak-anak muda di kampung ini ke arah kegiatan buruk itu, sudah calit, jangan palit,” kata Haji Samsudin dengan tegas.
Maksud : Kesusahan yang tiada batasnya. Ayat Contoh : Setelah berhari-hari lamanya pelarian perang itu meredah gelombang di lautan, mereka telah ditahan dan didera pula oleh tentera di negara persinggahan mereka itu. Nasib mereka seperti sudah dahaga sampai pula telaga kering.
Maksud : Sudah mendapat yang baru dan lebih baik, yang lama dan kurang elok dibuang. Ayat Contoh : Salman telah menceraikan isterinya yang sudah tua itu setelah mendapat seorang isteri baru yang lebih muda, cantik, dan pandai bergaya, sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.
Maksud : Mengalami pelbagai penderitaan yang terus-menerus. Ayat Contoh : Penduduk di pulau-pulau perairan antarabangsa bukan sahaja sentiasa terdedah oleh bahaya taufan dan ombak besar malah mereka kerap kali menjadi mangsa lanun yang ganas. Nasib mereka bagai sudah diheban, dihela pula.
Maksud : Sudah dibuang diambil semula; memuji kembali sesuatu yang sudah dicela. Ayat Contoh : “Aku bukan jenis manusia yang tidak bermaruah yang sudah diludah dijilat balik. Semua kata-kata yang telah aku luahkan tidak mungkin akan ditarik balik walau dalam apa-apa keadaan sekalipun,” tegas Encik Baki.
Maksud : Pura-pura tidak tahu. Ayat Contoh : “Bukankah kamu yang menjemput Ghanis datang ke mari, jangan buat-buat bertanyakan tujuannya pula, sudah gaharu cendana pula,” sindir Shira.
Maksud : Rosak sama sekali. Ayat Contoh : Aisyah dan suaminya hilang akal apabila melihat rumahnya sudah jadi abu arang sebagai akibat kebakaran itu.
Maksud : Kesusahan yang datang secara berturut-turut. Ayat Contoh : Malang betul nasib Fahmi hari ini. Sudahlah ketinggalan bas, dompetnya pula dicuri orang, sudah jatuh ditimpa tangga.