Tidak Mengenang Pasang Surut
Maksud : Tidak beringat pada hari tua atau kemudian hari. Contoh Ayat : Mastura tidak mengenang pasang surut kerana boros berbelanja tanpa memikirkan simpanan untuk masa hadapan.
Maksud : Tidak beringat pada hari tua atau kemudian hari. Contoh Ayat : Mastura tidak mengenang pasang surut kerana boros berbelanja tanpa memikirkan simpanan untuk masa hadapan.
Maksud : Tidak mengetahui hujung pangkalnya tentang sesuatu perkara. Contoh Ayat : Shahidan tidak mengetahui hulu hilirnya tentang rumah tangga kakaknya yang porak-peranda itu kerana terlalu sibuk dengan perniagaan.
Maksud : Tidak ambil pusing. Contoh Ayat : Masyarakat kota kebanyakkannya tidak menghangat mendingin tentang jirang tetangga kerana sibuk mengejar kebendaan.
Maksud : Orang biasa dengan orang bangsawan tidak sama darjatnya. Meskipun Tengku Saifuddin dan keluarganya sudah lama menetap di kampung itu, namun cara hidup mereka sangat berbeza daripada orang-orang kampung yang rata-rata miskin, tidak sama air hujan dengan air telaga.
Maksud : Tidak tahu adat. Contoh Ayat : Amin dikatakan tidak tahu di basa-basi kerana memakai seluar pendek ketika menziarahi jenazah jiran sekampungnya.
Maksud : Perkataan yang tidak tentu hujung pangkalnya. Ayat Contoh : Penduduk kampung berkumpul di balai raya itu merungut kerana tidak faham akan ucapan wakil ketua kampung yang tidak tentu titik komanya itu.
Maksud : Perselisihan atau perkara yang sangat sukar untuk diselesaikan. Contoh Ayat : Perang saudara antara dua kaum terbesar di negara itu sangat sukar untuk didamaikan kerana masing-masing mempunyai angkatan tentera yang lengkap bersenjata, tidak terindang dedak basah.
Maksud : Tidak akan miskin seseorang hartawan apabila menderma Ayat Contoh : Orang-orang kaya yang membayar zakat dengan mengeluarkan sebahagian kecil harta mereka tidak mungkin akan menjadi miskin kerana tidak usak kerbau oleh penyembelihan.
Maksud : Orang yang bersusah hati kerana banyak yang difikirkan. Contoh Ayat : Zailah mula tidur tak lelap makan tak kenyang apabila memikirkan peperiksaan SPM yang kian menjelang sedangkan dia belum membuat persediaan.
Maksud : Tidur yang mudah terbangun. Ayat Contoh : Leftenan Adnan mengingatkan anggotanya agar tidur-tidur ayam kerana musuh mungkin akan menyerang pada bila-bila masa.