Seberat-Berat Beban, Di Atas Kepala Jua
Maksud : Meskipun berat tanggungan, harus ditanggung sendiri juga. Ayat Contoh : Selepas kematian suaminya, Enot terpaksa bekerja tanpa mengenal penat demi menyara anak-anaknya yang ramai itu kerana seberat-berat beban, di atas kepala jua.