Seperti Embun Di Hujung Rumput
Maksud : Tidak kekal. Ayat Contoh : Cinta anak-anak remaja ketika di bangku sekolah hanya membuang masa kerana cinta itu seperti embun di hujung rumput.
Maksud : Tidak kekal. Ayat Contoh : Cinta anak-anak remaja ketika di bangku sekolah hanya membuang masa kerana cinta itu seperti embun di hujung rumput.
Maksud : Rupa yang cantik dan bersih. Ayat Contoh : Semua tetamu yang menghadiri majlis itu terpesona oleh kejelitaan anak gadis Encik Aslan yang seperti gading dilarik itu.
Maksud : Sangat sombong akan kekayaan yang baru diperoleh. Ayat Contoh : Abu tidak sangka bahawa anak yatim yang selama ini hidup melarat di pinggir jalan itu menjadi sombong apabila dibela oleh orang kaya itu. Dia seperti gadis julung bersubang, seperti bujang julung berkeris.
Maksud : Anak dara yang kurang sopan seperti mencarut dan sebagainya. Ayat Contoh : Zainun dikatakan seperti gadis sudah berlaki kerana dia suka mencarut, terutamanya apabila bertengkar dengan kawan-kawannya.
Maksud : Seseorang yang hodoh tetapi mempunyai suara merdu dan tutur kata yang menarik. Ayat Contoh : Penyanyi Negro yang berkulit hitam dan rupanya yang tidak menarik itu diminati di seluruh dunia kerana mempunyai suara yang merdu dan pandai mengambil hati peminat. Dia seperti gagak bersuara murai.
Maksud : Lelaki hodoh atau hitam beristerikan wanita cantik atau putih. Ayat Contoh : Cinta tidak mengenal sesiapa. Oleh sebab itulah Rozana yang cantik dan putih itu sanggup menerima Vidor pemuda Afrika yang berkulit hitam sebagai suaminya. Walaupun mereka digelar seperti gagak gonggong telur namun rumah tangga mereka bahagia hingga hari ini.
Maksud : Kepayahan orang gemuk untuk berpusing ke belakang. Ayat Contoh : Apabila Kak Nurin mahu memasak, dia memerlukan pembantu untuk mengunjukkan barang-barang yang diperlukan kerana kegemukannya itu menyukarkan dia bergerak pantas di ruang dapur yang sempit itu. Dia seperti gajah berpaling.
Maksud : Seseorang yang melakukan sesuka hatinya. Ayat Contoh : Tentera MPAJA dan komunis bertindak seperti gajah masuk kampung sebaik sahaja tentera Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu.
Maksud : Seseorang yang menyusahkan kerana sara hidupnya ditanggung. Ayat Contoh : Anak-anak yang sudah tamat persekolahan perlu diajar bekerja agar mereka tidak seperti gajah putih ditambat.
Maksud : Hal dua orang bersaudara tetapi berbeza sifatnya. Ayat Contoh : Siew Lin seorang yang pendiam dan suka menghabiskan masa di rumah dengan membaca dan menolong ibu di dapur, berbeza daripada kakaknya yang suka berkawan serta menggemari aktiviti lasak di luar. Mereka seperti garuk dengan sisir.