Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Peribahasa

Bukan Air Muara Yang Ditimba, Sudah Disauk Dari Hulunya

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Khabar yang diambil bukanlah khabar angin kerana berasal daripada sumber yang sebenar.

Categories Peribahasa

Bukan Budak-Budak Makan Pisang

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Bukan orang yang dapat dipermain-mainkan atau diperdayakan.

Categories Peribahasa

Bukan Diretak Panas

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Bukan sia-sia atau dusta sesuatu telahan.

Categories Peribahasa

Bukan Kudis Dibuat Pekung

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Bukan kesalahan kecil yang dibesar-besarkan.

Categories Peribahasa

Bukan Masak Durian, Masak Manggis

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perempuan biasanya lebih teguh menyimpan rahsia daripada lelaki.

Categories Peribahasa

Bukannya Bersuluh Batang Pisang, Bersuluhkan Bulan Matahari

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kejahatan yang sudah terang dan nyata sekali.

Categories Peribahasa

Bukit Jadi Paya, Paya Jadi Bukit

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang kaya dan mulia menjadi miskin dan hina, begitulah sebaliknya.

Categories Peribahasa

Bukitlah Tinggi, Lurahlah Dalam

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang telah tua dan tidak mampu ke sana ke sini seperti dulu lagi; teramat tua dan daif.

Categories Peribahasa

Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sepakat atau seia sekata dalam susah dan senang.

Categories Peribahasa

Bukit Sudah Menjadi Busut

July 14, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang berpangkat telah diturunkan pangkatnya.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page91 Page92 Page93 … Page363 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!