Elok Berbini Orang Tua, Perut Kenyang Pengajar Dapat

Maksud : Sindiran, cemuhan, atau pembelaan diri kepada orang yang berkahwin dengan perempuan yang lebih tua daripadanya.

Contoh Ayat : Walaupun ramai yang mengusiknya kerana berkahwin dengan wanita yang lebih tua, dia hanya tersenyum dan berkata elok berbini orang tua, perut kenyang pengajar dapat, kerana isterinya banyak membimbing serta menjaganya dengan baik.