Maksud : Sesuatu yang akan berlaku biasanya ada tanda-tanda atau alamatnya.
Contoh Ayat : Prestasi syarikat itu semakin merosot sejak beberapa bulan lalu sebelum akhirnya diisytiharkan muflis; benarlah gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas, setiap kejadian biasanya mempunyai tanda-tandanya terlebih dahulu.