Ibarat Ayam; Tiada Mengais Tiada Makan June 30, 2026 by admineperibahasa Maksud : Perihal orang miskin yang tiada makanan kalau tidak bekerja. Ayat Contoh : Sebagai buruh harian, Pak Ali perlu bekerja setiap hari untuk menyara keluarganya kerana hidupnya ibarat ayam; tiada mengais tiada makan.