Maksud : Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan penghargaan; kita harus tahu berterima kasih.
Contoh Ayat : Ibu sentiasa mengingatkan kami supaya menghargai pertolongan dan kebaikan orang lain kerana orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, maka jangan sesekali lupa mengucapkan terima kasih.