Pengayuh Sama Di Tangan, Perahu Sama Di Air

Maksud : Usah takut-takut kerana sama-sama memiliki kekuatan dan syaratnya.

Ayat contoh : “Kalau engkau tidak suka akan Azman yang memimpin koperasi, dalam mesyuarat agung nanti, engkau boleh bertanding merebut tempatnya kerana engkau pun berpengaruh juga. Bak kata pepatah, pengayuh sama di tangan, perahu sama di air,” kata Ismail kepada rakannya itu.