Pergi Ke Telaga Lupa Membawa Timba, Timba Dicari Dapat Tiada Bertali

Maksud : Peluang mendapat untung tersedia tetapi kerana lalai untung itu hilang.

Ayat contoh : Vamu sudah mendapat pelanggan untuk membeli barang keluaran syarikatnya tetapi akibat kelemahan pengurusan, kilangnya tidak mampu mengeluarkan jumlah yang ditempah, akhirnya tempahan dibatalkan. Dia diibaratkan pergi ke telaga lupa membawa timba, timba dicari dapat tiada bertali.