Umpan Habis, Ikan Tak Kena

Maksud : Usaha yang sia-sia dan mendatangkan kerugian. Contoh Ayat : Mustapha menghabiskan wang berpuluh-puluh ribu ringgit mencatikkan warungnya tetapi disebabkan tidak pandai melayan pelanggan, perniagaannya rugi, umpan habis ikan tak dapat.

Umpan Seumpan, Kail Sebentuk

Maksud : Melakukan sesuatu usaha tanpa persediaan yang cukup. Contoh Ayat : Taufiq mahu mencipta nama di sekolah itu dengan menganjurkan satu kursus motivasi, malangnya dia tidak mempunyai persediaan yang cukup dari segi kewangan dan pengalaman, umpan seumpan, kail sebentuk.

Unjuk Yang Tiada Diberikan

Maksdu : Sesuatu janji yang tidak ditepati. Contoh Ayat : Sebelum berkahwin dahulu, Najib memberikan pelbagai janji yang manis kepada bakal isterinya tetapi setelah berumah tangga, janji itu hanya unjuk yang tiada diberikan.

Untung Bagai Untung Kapas

Maksud : Orang yang banyak penanggungnya. Ayat Contoh : Walaupun bergaji besar, namun keluarga Anwar tidak dapat bersenang-senang seperti orang lain kerana anaknya ramai dan semuanya masih bersekolah, untung bagai untung kapas.

Untung Sebagai Roda Pedati

Maksud : Nasib manusia berputa-putar turun dan naik. Ayat Contoh : Usahlah terlalu menekan pekerja bawahan ketika menjadi orang besar kerana pada suatu hari nanti mungkin ada antara pekerja itu pangkatnya akan lebih tinggi daripada kamu kerana untung sebagai roda pedati.

Untung Sepanjang Jalan, Malang Sekejab Mata

Maksud : Kemalangan itu terjadi dengan tiba-tiba, oleh itu berwaspadalah. Ayat Contoh : Dalam kehidupan kita di dunia ini janganlah terlalu khayal akan kemewahan kerana pada bila-bila masa sahaja harta kekayaan itu boleh lesap, untung sepanjang jalan, malang sekejab mata.