Ukur Baju Di Badan Sendiri
Maksud : Membuat sesuatu pekerjaan biarlah mengikut kebolehan dan kelayakan yang ada. Ayat Contoh : Mak Leha menasihati anaknya agar ukur baju di badan sendiri sebelum membeli kereta yang berharga mahal itu.
Maksud : Membuat sesuatu pekerjaan biarlah mengikut kebolehan dan kelayakan yang ada. Ayat Contoh : Mak Leha menasihati anaknya agar ukur baju di badan sendiri sebelum membeli kereta yang berharga mahal itu.
Maksud : Menurut penglihatan dan pendengaran Ayat Contoh : Athirah hanya ukur mata dengan telinga apabila menerima lamaran lelaki yang tampan dan pandai memujuk rayu itu tanpa mengkaji tentang asal-usul dan budi pekertinya terlebih dahulu.
Maksudnya : Penjahat jika bergaul dengan orang baik tidak akan berubah tabiatnya/ Contoh Ayat : Walaupun Abdullah Bin Ubai memeluk Islam tetapi dia sentiasa bercita-cita untuk menghancurkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kerana ular bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya.
Maksud : Orang jahat yang menyamar diri dalam kumpulan orang baik-baik. Contoh Ayat : Pateh Kerma Wijaya yang dilantik sebagai salah seorang menteri Melaka itu sebenarnya ular berlingkar di gulungan tikar kerana dia merupakan wakil Betara Majapahit yang bercita-cita untuk meruntuhkan kerajaan Melaka.
Maksud : Seseorang yang payah hendaklah ditentukan sama ada baik atau jahat. Ayat Contoh : Rubiah meminta ketua kampung supaya sentiasa mengawasi orang-orang luar yang datang berniaga di kampung mereka kerana ular bukan ikan pun bukan.
Maksud : Mengadili perkara hendaklah seadil-adilnya. Contoh Ayat : Sebagai seorang pemimpin, kita seharusnya pandai mengadili sesuatu perkara supaya tiada pihak yang teraniaya. Bak kata pepatah, ular dipukul jangan mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang.
Maksud : Orang munafik atau pengkhianat. Ayat Contoh : Muhiddin menasihati Hadi agar menjauhi lelaki yang bersikap seperti ular kepada dua itu jika tidak mahu dirinya dikhianati.
Maksud : Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan walaupun di tempat yang sukar. Ayat Contoh : Usah takut untuk meneroka sesuatu kawasan baru kerana usaha yang tanpa mengenal jemu akan mendatangkan rezeki yang melimpah, ulat dalam batu pun boleh hidup.
Maksud : Lupa akan budi baik orang. Ayat Contoh : Hasbi menanggung segala perbelanjaan suaminya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tetapi setelah berjaya dan menjawat jawatan tinggi, suaminya itu telah menjadi ulat lupakan daun kerana berkahwin lain.
Maksud : Membuat sesuatu dengan tidak cermat. Ayat Contoh : Kerja-kerja yang dibuat oleh Zafrul umpama ayakan dawai kerana tidak cermat dan banyak berlaku kesilapan.