Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Anak Kera Diajar Memanjat

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hendak mengajar orang yang sudah pakar.

Categories Peribahasa

Anak Kucing Menjadi Harimau

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perihal orang yang miskin menjadi kaya dan berkuasa.

Categories Peribahasa

Anak Kuda Bulu Kasap

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perihal anak muda yang riang gembira.

Categories Peribahasa

Anak Kunci Jahat, Peti Derhaka

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Suami jahat, isteri akan berkhianat kelak.

Categories Peribahasa

Anak Orang, Anak Orang Juga

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hak orang lain akan tetap menjadi haknya.

Categories Peribahasa

Anak Panah Yang Terlepas Daripada Busurnya Tidak Akan Kembali Lagi

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Kata-kata hendaklah dijaga, jika terlepas kata-kata tidak dapat ditarik balik.

Categories Peribahasa

Anak Sendiri Disayang, Anak Tiri Dibengkeng

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Meskipun keadilan perlu, namun orang akan tetap mengutamakan kepentingan diri.

Categories Peribahasa

Anak Seorang, Menantu Malim

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Amat beruntung.

Categories Peribahasa

Anak Seorang, Penakan Tidak

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mempunyai barangan berharga atau anak satu sahaja, jika hilang tentu tiada penggantinya.

Categories Peribahasa

Anak Sungai Lagikan Berubah, Inikan Pula Hati Orang

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Hati manusia mudah berubah-ubah.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page13 Page14 Page15 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!