Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Anjing Diberi Makan Nasi Bilakan Kenyang

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sia-sia sahaja memberi nasihat yang baik kepada orang yang jahat.

Categories Peribahasa

Anjing Ditepuk Menjungkit Ekor

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang tidak berbudi jika dihormati akan menjadi sombong.

Categories Peribahasa

Anjing Galak, Babi Berani

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang jahat yang berani sama berani dan kuat sama kuat.

Categories Peribahasa

Anjing Itu Jika Dipukul Sekalipun, Berpulang Juga Ke Tempat Yang Banyak Tulang

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang tamak dan tidak tahu malu, tidak mempedulikan nama baiknya atau tidak menjaga nama baiknya (tidak mempedulikan hukuman).

Categories Peribahasa

Anjing Itu Meski Dirantai Dengan Rantai Emas Sekalipun, Nescaya Berulang-Ulang Juga Ia Ke Tempat Najis

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang bertabiat jahat itu tidak akan mengubah perangainya walaupun diberi kemewahan.

Categories Peribahasa

Anjing Kepada Orang, Raja Kepada Kita

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Buruk baik anak sendiri juga.

Categories Peribahasa

Anjing Menggonggong, Kafilah Berlalu

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Betapapun kritikan dilancarkan, namun hal itu tetap berjalan terus dengan sendirinya.

Categories Peribahasa

Anjing Mengulangi Bangkai

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang mengulangi perbuatan jahat atau tidak senonoh.

Categories Peribahasa

Anjing Menyalak Bukit Mahukan Runtuh

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Celaan orang jahat terhadap orang baik tidak akan memberikan apa-apa kesan.

Categories Peribahasa

Anjing Menyalak, Tak Akan Menggigit

July 27, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang bercakap besar sebenarnya tidak berbahaya.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page15 Page16 Page17 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!