Percakapan Sejengkal Dibawa Sehasta
Maksud : Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah. Ayat contoh : Oleh sebab mahu menarik perhatian orang terhadap cerita-ceritanya, Naning sering menjadikan percakapan sejengkal dibawa sehasta.
Maksud : Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah. Ayat contoh : Oleh sebab mahu menarik perhatian orang terhadap cerita-ceritanya, Naning sering menjadikan percakapan sejengkal dibawa sehasta.
Maksud : Setiap pekerjaan itu jangan diharapkan sangat kepada orang lain untuk mengerjakannya, kita juga mesti memerhatinya. Ayat contoh : Meskipun jawatan pengarah urusan syarikat itu diserahkan kepada anaknya, Yusri masih menjadi penasihat untuk mengawasi perjalanan syarikat kerana beliau tahu bahawa percaya kepada anak, buta mata sebelah; percaya kepada orang lain, buta mata keduanya.
Maksud : Peri lemahnya perempuan menyebabkan dia selalu dalam bahaya. Ayat contoh : Dalam peperangan, perempuan tidak digalakkan berada di barisan hadapan kerana dari segi fizikal dan semangat mereka tidak sesuai. Bak kata pepatah, perempuan melangkahi ular tiada lepas.
Maksud : Orang yang pergi berniaga pulang dengan kerugian. Ayat contoh : Farid meninggalkan kampungnya dengan membawa dagangan yang banyak tetapi semusim kemudian dia pulang tanpa membawa apa-apa kerana perniagaannya rugi. Begitulah nasib Jaka pergi berkuda, pulang berlembu.
Maksud : Sengaja mencari kesusahan. Ayat contoh : Mael dikatakan pergi ke pulau batu digalas kerana berlumba motor haram yang akhirnya dia terlantar di hospital kerana kemalangan.
Maksud : Peluang mendapat untung tersedia tetapi kerana lalai untung itu hilang. Ayat contoh : Vamu sudah mendapat pelanggan untuk membeli barang keluaran syarikatnya tetapi akibat kelemahan pengurusan, kilangnya tidak mampu mengeluarkan jumlah yang ditempah, akhirnya tempahan dibatalkan. Dia diibaratkan pergi ke telaga lupa membawa timba, timba dicari dapat tiada bertali.
Maksud : Pergi dengan modal sedikit balik dengan keuntungan yang banyak. Ayat contoh : Jokawi datang ke Malaysia sebagai buruh sahaja tetapi apabila pulang dia menjadi orang kaya di kampungnya, pergi lempeng, balik lepat.
Maksud : Perempuan yang mencari lelaki. Ayat contoh : Zaleha memang suka berkawan dengan lelaki tetapi dia bukan perigi mencari timba kerana lelaki-lelaki itu yang terpikat akan parasnya.
Maksud : Mengatakan kekurangan orang padahal diri sendiri kurang juga. Ayat contoh : Salman memang suka mengutuk rakan-rakannya yang dikatakan pemalas tetapi dia sendiri hidup atas bantuan daripada ibu bapanya. Dia seperti periuk mengumpat belanga.
Maksud : Perkataan yang menyindir (sombong diri). Ayat contoh : Taruddin suka membanggakan kebolehannya dalam melakukan sesuatu kerja dan menyindir rakan sekerja yang kurang cekap menyebabkan banyak kawannya berkecil hati dengan perkataan mengekor itik jantan itu.