Skip to content
ePeribahasa

ePeribahasa

  • Home
  • Bidalan
  • Pepatah
  • Tentang Kami
  • Hubungi

Ayam Berkokok Hari Siang

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sesuatu yang sudah ada tanda-tanda jelas.

Categories Peribahasa

Ayam Beroga Itu, Jika Di Pinggan Emas Sekalipun Diberi Makan, Ke Hutan Juga Perginya

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang dagang itu walau bagaimana senangnya hidup di negeri orang, tetap ingin pulang ke negeri asalnya.

Categories Peribahasa

Ayam Bertelur Di Atas Padi, Mati Kelaparan

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Orang yang menderita kesusahan di tempat yang mewah.

Categories Peribahasa

Ayam Bertelur Sebiji Riuh Sekampung, Penyu Bertelur Beratus Tiada Seorang Pun Tahu

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Mendapat kekayaan yang sedikit sudah dihebohkan sedangkan orang yang memang kaya tidak pula menghebahkannya.

Categories Pepatah

Ayam Dapat, Musang Dapat

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Barang tidak hilang dan pencuri berjaya ditangkap.

Categories Peribahasa

Ayam Diasak Malam

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Tidak berdaya lagi.

Categories Peribahasa

Ayam Ditambat, Disambar Helang

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Sesuatu yang sudah menjadi milik sendiri tiba-tiba dirampas oleh orang yang lebih bijak atau berkuasa.

Categories Peribahasa

Ayam Ditambat Disambar Helang, Padi Ditanam Tumbuh Lalang

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Nasib yang malang sekali.

Categories Peribahasa

Ayam Hitam Terbang Malam, Hinggap Di Pokok Pandan, Bergeresek Ada, Rupanya Tiada

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Perbuatan jahat yang sulit diketahui oleh orang tetapi tidak dapat disahkan kerana tiada bukti yang nyata.

Categories Peribahasa

Ayam Itu Raja Di Tempatnya

July 26, 2026 by admineperibahasa

Maksud : Seseorang itu berkuasa di tempat masing-masing.

Categories Peribahasa
Older posts
Newer posts
← Previous Page1 … Page22 Page23 Page24 … Page367 Next →

Peribahasa Popular Hari Ini

© 2026 ePeribahasa • All Rights Reserved!