Usul Menunjukkan Asal
Maksud : Tingkah laku seseorang itu mencerminkan asal usul keturunannya.
Maksud : Tingkah laku seseorang itu mencerminkan asal usul keturunannya.
Maksud : Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan berhati-hari; dalam mengerjakan sesuatu hendaklah diperhatikan benar-benar sejak pekerjaan itu dimulakan. Ayat Contoh : Sekiranya mahu memilih rakan kongsi dalam apa-apa jua pekerjaan, misalnya perniagaan perlulah disiasat dengan teliti terlebih dahulu agar tidak tersalah pilih dan merosakkan pekerjaan itu kerana usul-usul, asal-asal; jangan ditinggalkan.
Maksud : Bagaimana sekalipun diajar, orang yang biadab akan kelihatan juga perangainya yang kurang baik Ayat Contoh : Imam Zahid mengajar Akmal tentang adab dalam majlis tetapi pemuda itu berkelakuan baik seketika sahaja. Selepas itu, sikap biadabnya timbul semula, walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tempak juga.
Maksud : Sepandai-pandai atau sekuat-kuat manusia adakalanya silap juga. Ayat Contoh : Pablo Escobar ialah raja dadah yang sangat digeruni kerana mempunyai pengikut dan tentera yang kuat serta harta kekayaan yang banyak, tetapi akhirnya berjaya ditangkap oleh polis Colombia, walau ikan yang diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga.
Maksud : Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup, tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik. Ayat Contoh : Dzukifli menghabiskan wang yang banyak untuk menambah barang di kedai runcitnya tetapi pelanggan tetap tidak datang kerana kedudukan kedai itu tidak strategik, walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan.
Maksud : Orang yang ada waja diri, tidak dapat dipengaruhi oleh persekitaran. Ayat Contoh : Nur Izzati tinggal bersama-sama dengan kawan-kawan yang tidak pernah bersembahyang serta sering bergelumang dengan maksiat, tetapi dia masih kekal dengan pendiriannya yang tidak mengabaikan suruhan dan larangan Allah, walaupun diam dalam lautan garam sekalipun, ikan tetap tidak akan masin.
Maksud : Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba. Ayat Contoh : Keadaan keluarga Datuk Ghazali menjadi wayang kepadaman damar apabila beliau diserang angin ahmar secara tiba-tiba dan meninggal dunia tanpa sempat meninggalkan wasiat tentang hartanya yang banyak itu.
Maksud : Orang yang hidup tanpa pedoman atau tiada pegangan hidup. Contoh Ayat : Kehidupan Nurul yang baru memeluk agama Islam itu menjadi seperti wau putus tali apabila diceraikan oleh suaminya yang selama ini tidak pernah mengajarnya tentang agama.
Maksud : Mudah berjanji tetapi sukar menepatinya. Ayat Contoh : Usahlah ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan kerana orang yang mungkir janji itu tidak akan dipercayai orang sampai bila-bila.
Maksud : Sesuatu yang berguna akan dipakai tetapi yang tidak berfaedah dibuang sahaja. Ayat Contoh : Kata-Kata Mat Mahathir itu tidak semua boleh diambil kira kerana dia suka melawak, yang baik dipakai yang buruk ditinggalkan.