Ulat Lupakan Daun

Maksud : Lupa akan budi baik orang. Ayat Contoh : Hasbi menanggung segala perbelanjaan suaminya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tetapi setelah berjaya dan menjawat jawatan tinggi, suaminya itu telah menjadi ulat lupakan daun kerana berkahwin lain.

Umpama Ayakan Dawai

Maksud : Membuat sesuatu dengan tidak cermat. Ayat Contoh : Kerja-kerja yang dibuat oleh Zafrul umpama ayakan dawai kerana tidak cermat dan banyak berlaku kesilapan.

Umpama Belanda Kesiangan

Maksud : Orang yang bertingkah laku seperti orang putih. Ayat Contoh : Sejak bekerja dengan orang putih dan berkenalan dengan gadis orang putih itu, perangai Zafrul sudah berubah umpama Belanda kesiangan.

Umpama Bilah Atau Lidi Yang Terselit Pada Dinding Dapat Juga Diambil Akan Pencungkil Gigi Atau Pencungkil Telinga

Maksud : Seseorang yang bodoh atau bebal, suatu waktu ada juga gunanya. Ayat Contoh : Ahmad seorang yang dungu tetapi dialah yang diharapkan oleh orang-orang kampung untuk menurunkan buah kelapa mereka kerana dia sangat pandai memanjat. Ahmad umpama bilah atau lidi yang terselit pada dinding dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga.

Umpama Burung Tumpang Beramai Dengan Kawan Yang Banyak

Maksud : Orang dagang yang mencari hiburan dan kawan di negeri asing. Ayat Contoh : Ketika berada di rantauan, semua kenalan yang sama-sama merantau akan menjadi kawan tetapi setelah kembali ke tempat sendiri, masing-masing akan memikirkan diri sendiri sahaja, umpama burung tumpang beramai dengan kawan yang banyak.

Umpama Gula Di Dalam Mulut

Maksud : Pekerjaan yang mudah dilakukan (sesuatu yang sudah dikuasai). Ayat Contoh : Setelah tentera Inggeris meninggalkan Tanah Melayu, Semenanjung Tanah Melayu umpama gula di dalam mulut bagi tentera Jepun.