Sia-Sia Hutang Tumbuh
Maksud : Jika terlalu boros atau membazir akhirnya hutang akan bertumbuh. Ayat Contoh : Jangan bazirkan wang dengan perkara yang tidak berfaedah kerana sia-sia hutang tumbuh, akhirnya kita sendiri yang kesempitan nanti.
Maksud : Jika terlalu boros atau membazir akhirnya hutang akan bertumbuh. Ayat Contoh : Jangan bazirkan wang dengan perkara yang tidak berfaedah kerana sia-sia hutang tumbuh, akhirnya kita sendiri yang kesempitan nanti.
Maksud : Jangan mengharap yang bukan-bukan nanti kecewa. Ayat Contoh : “Izhar, perempuan yang kamu gila-gilakan itu sudah menjadi hak orang, sia-sia menjaring angin, terasa ada tertangkap tidak,” nasihat Fakhrul kepada sahabatnya itu.
Maksud : Pekerjaan yang dilakukan dengan kurang berhati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian. Ayat Contoh : Pihak polis selalu mengingatkan orang ramai agar memberitahu jiran atau dimaklumkan kepada balai polis terdekat sekiranya ingin meninggalkan rumah agar kejadian pecah rumah dapat dielakkan kerana sia-sia negeri alah.
Maksud : Kesalahan yang sudah nyata sekali. Ayat Contoh : Memang tidak syak lagi bahawa Zarunlah yang memecah masuk ke rumah Munir malam tadi kerana isteri Munir sempat menyuluh mukanya. Bukti itu sudah siang bagai hari, terang bagai bulan.
Maksud : Hidup melarat tanpa rumah. Ayat Contoh : Banyak penduduk di negara kecil itu menjadi gelandangan, siang berpanas, malam berembun di kaki-kaki lima bangunan.
Maksud : Tidak pernah dilupakan. Ayat Contoh : Cita-citanya untuk menjadi penulis terkenal telah tertanam sejak di bangku sekolah lagi. Sehingga kini, cita-citanya masih siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi.
Maksud : Memilih pasangan hidup tidak sepadan dengan diri sendiri. Ayat Contoh : Puteri Sulung mengatakan bahawa Awang Lutung yang hodoh itu bagai siang sayur tak ukur dengan belanga kerana mahu meminang dirinya yang cantik dan anak kepada Tuk Raja Besar pula.
Maksud : Orang yang cepatlah yang akan beroleh keuntungan dan orang yang lambat akan ketinggalan. Ayat Contoh : Dalam dunia hari ini, kita perlu pantas dalam merebut peluang terutama dari segi ekonomi. Jika lambat tentulah peluang itu akan diperoleh oleh orang lain, siapa cepat boleh dulu, siapa kemudian putih mata.
Maksud : Orang yang cepat akan mendapat sesuatu yang baik dan yang lambat tidak akan mendapat apa-apa. Ayat Contoh : Siapa cepat, dia dapat. Begitulah yang terjadi kepada Enot yang tidak dapat balik ke kampung pada hari raya lepas kerana semua tiket bas dan kereta api sudah kehabisan.
Maksud : Orang yang pandai bercakap, meskipun bersalah akhirnya dipercayai orang juga. Ayat Contoh : Disebabkan kepandaiannya memutarbelitkan fakta, akhirnya peguam Huzai Khan berjaya memenangi perbicaraan itu meskipun anak guamnya ternyata sah melakukan kesalahan tersebut kerana siapa cerdik tinggi naik, siapa calak menang berhitung.