Maksud : Menyerah sesuatu kepada orang lain tetapi tidak mempercayainya bulat-bulat.
Ayat contoh : Apabila seorang utusan dihantar untuk menghadap raja, penghulu menghantar seseorang pula untuk menyusul utusan tersebut kerana bimbang dia tidak menjalankan tugas seperti yang diarahkan. Bak kata pepatah, pesan dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati.