Pijat-Pijat Telah Menjadi Kura-Kura

Maksud : Orang bodoh dan hina menjadi cerdik dan mulia.

Ayat contoh : Tiada sesiapa pun menyangka bahawa anak raja yang sedang memburu itu terserempak akan Melati lalu terpikat oleh kelembutan gadis itu. Kini Melati dikahwini oleh anak raja yang bakal menaiki takhta kerajaan negeri itu. Nasib Melati seperti pijat-pijat telah menjadi kura-kura.