Putih Tulang Dikandung Tanah, Budi Yang Baik Dikenang Juga

Maksud : Budi bahasa dan jasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang.

Ayat contoh : Sultan Alaudin Riayat Syah yang pernah memerintah Melaka telah berabad-abad meninggalkan kita, namun namanya tetap segar dalam sejarah kerana seorang pemerintah yang adil dan memerintah mengikut syariat Islam, putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.