Maksud : Pekerjaan yang dibuat dengan tidak hati-hati akan menyebabkan kerosakan atau kegagalan.
Contoh Ayat : Sebagai akibat pihak pemaju tidak menanam cerucuk dengan sempurna, bangunan yang didirikan di atas bekas lombong itu retak sebelum dapat disiapkan lagi. Begitulah rosak tapai kerana ragi.