Sama Menjulur Sama Menjalar, Lain Belut Lain Ular

Maksud : Dua orang yang seiras tetapi budi pekerti yang berlainan.

Ayat contoh : Rabani dan Awe mempunyai wajah seiras kerana mereka bersepupu tetapi perangai Rabani yang suka berfoya-foya dengan perempuan itu berbeza daripada sepupunya yang suka menghadiri majlis-majlis ilmu. Mereka diibaratkan sama menjulur sama menjalar, lain belut lain ular.