Sambil Menyelam Minum Air

Maksud : Sekali melakukan pekerjaan, beberapa maksud tercapai.

Ayat contoh : Fusiha balik ke kampung untuk mengunjungi ibu bapa dan melawat sanak saudaranya. Di samping itu, dia membawa pelbagai jenis barang untuk dijual di sana. Dia dikatakan sambil menyelam minum air.