Sampan Ada Pengayuh Tidak

Maksud : Kekurangan syarat untuk melakukan sesuatu.

Ayat Contoh : Ismail sudah cukup wang tetapi tidak dapat menunaikan haji pada tahun lepas kerana tidak mendapat kelulusan visa haji daripada kedutaan Arab Saudi. Hal ini kerana dia menggunakan syarikat pengurusan haji swasta yang tidak bertauliah, begitulah sampan ada pengayuh tidak.