Maksud : Orang yang mahir dalam pelbagai pekerjaan, kalau dibuang kerja masih ada peluang untuk membuat kerja lain.
Ayat Contoh : Walaupun diberhentikan kerja, namun Raudhah mudah mendapat kerja yang lain kerana ijazah dan pengalamannya sangat diperlukan oleh syarikat kewangan yang lain. Bak kata orang, satu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka.