Maksud : Jangan menentang orang yang berkuasa kerana kita juga yang akan mendapat kesusahan.
Ayat Contoh : Ratu bergaduh dengan tuan rumah menyebabkan dia dihalau dari situ dan kini terpaksa merempat kerana tiada tempat tinggal. Bak kata orang, sebab berkelahi dengan perigi akhirnya mati dahaga.