Sedangkan Pucuk Lagi Tak Merah, Konon Pula Selaranya

Maksud : Sedangkan ketika kaya tidak berderma apatah lagi ketika tidak berwang.

Ayat Contoh : Semasa perniagaannya maju dulu pun, Zul sangat kedekut untuk bersedekah kepada orang-orang miskin, apatah lagi ketika perniagaannya rugi seperti hari ini, tentulah tidak mungkin dia mahu bersedekah kerana sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya.