Maksud : Perihal kesukaran berdagang di negeri orang (tidak seuntung anak negeri sendiri).
Ayat Contoh : Siraj yang datang dari Afrika mempunyai dua ijazah kedoktoran tetapi apabila memohon pekerjaan di negara ini, dia gagal kerana pihak majikan lebih mengutamakan warganegara sendiri meskipun kelulusannya jauh lebih tinggi, sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang.