Segar Dipakai Layu Dibuang

Maksud : Selagi perempuan itu muda dan cantik dia disayangi tetapi setelah tua dia ditinggalkan.

Ayat Contoh : Suryati sedar bahawa pekerjaannya sebagai model di syarikat itu hanya sementara badannya masih segar dan wajahnya masih cantik, tetapi apabila sudah tua dia tidak diperlukan di syarikat itu lagi. Bak kata orang, segar dipakai layu dibuang.