Maksud : Sesuatu pekerjaan itu jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan berhasil juga.
Ayat Contoh : Dengan kesungguhan beberapa orang guru dari luar, akhirnya masyarakat pedalaman yang kolot itu mahu juga menerima kemajuan. Benarlah kata orang, selembap-lembap puntung di dapur, ditiup menyala juga.