Semahal-Mahal Gading Kalau Patah Tiada Berharga

Maksud : Berapapun tingginya darjat orang itu, sekali dia berbuat jahat akan turunlah darjatnya, tidak dipedulikan lagi.

Ayat Contoh : Presiden yang digulingkan oleh rakyatnya kerana memerintah dengan zalim itu terpaksa hidup dalam buangan serta tidak dipedulikan oleh sesiapa pun lagi kerana semahal-mahal gading kalau patah tiada berharga.