Semanis-Manis Gula Berpasir Juga, Sepahit-Pahit Jadam Menjadi Ubat

Maksud : Pujuk rayu berisi muslihat, perkataan keras mengandungi nasihat.

Ayat Contoh : Adik-adikku, berhati-hatilah dengan pujian yang manis kerana mungkin mengandungi muslihat dan jangan pula terus menolak nasihat yang menyakitkan hati kerana mungkin semanis-manis gula berpasir juga, sepahit-pahit jadam menjadi ubat.