Senjata Makan Tuan

Maksud : Senjata yang digunakan untuk mengenakan orang lain tetapi mengenai diri sendiri.

Ayat Contoh : Banyak senjata canggih dan peluru berpandu dibekalkan oleh Amerika Syarikat kepada Iraq ketika negara itu berperang dengan Iran, namun ketika Perang Teluk, senjata tersebut digunakan untuk menentang Amerika Syarikat dan sekutunya pula. Itulah yang dikatakan senjata makan tuan.