Maksud : Jika hendak melakukan sesuatu, biarlah betul-betul siap.
Ayat Contoh : “Kalau kau mahu memajukan tanah terbiar itu dengan ternakan ikan air tawar, buatlah sampai mendapat hasil, jangan dibiarkan kolam itu kosong tidak berisi, sepala-pala mandi biar basah,” kata Mak Leha kepada anaknya.