Seperti Bergantung Di Rambut Sehelai

Maksud : Berada dalam keadaan yang berbahaya.

Ayat Contoh : Para pelarian yang berkhemah berdekatan dengan sempadan negara jiran itu seperti bergantung di rambut sehelai kerana kawasan itu banyak tertanam periuk api dan juga kemungkinan akan diserang oleh tentera pengganas yang menceroboh negara mereka.