Seperti Biduk Dikayuh Hilir June 15, 2026 by admineperibahasa Maksud : Mengerjakan pekerjaan yang memang digemari. Ayat Contoh : Apabila Cikgu Aminah ditawarkan untuk menguruskan koperasi sekolah, dia segera menerima kerana urusan jual beli runcit itu memang digemarinya, seperti biduk dikayuh hilir.