Seperti Dedalu Api Hinggap Di Pohon Kayu; Hinggap Di Batang, Batangnya Mati, Hinggap Di Ranting, Rantingnya Patah

Maksud : Jika orang jahat mencampuri orang baik, rosaklah orang baik itu.

Ayat Contoh : Ustaz Alif melarang keluarganya bergaul rapat dengan jiran mereka yang tidak pernah ke masjid dan suka akan maksiat kerana dia merasakan bahawa mereka itu seperti dedalu api hinggap di pohon kayu; hinggap di batang, batangnya mati, hinggap di ranting, rantingnya patah.