Maksud : Hal dua orang bersaudara tetapi berbeza sifatnya.
Ayat Contoh : Siew Lin seorang yang pendiam dan suka menghabiskan masa di rumah dengan membaca dan menolong ibu di dapur, berbeza daripada kakaknya yang suka berkawan serta menggemari aktiviti lasak di luar. Mereka seperti garuk dengan sisir.