Seperti Kaca Terhempas Ke Batu

Maksud : Hati yang hancur kerana berdukacita.

Ayat Contoh : Setelah bersungguh-sungguh menjaga kehormatan diri ketika menjadi tawanan raja Siam, Puteri Saadung pulang ke Kelantan untuk bersama-sama Raja Abdullah. Tetapi hatinya hancur seperti kaca terhempas ke batu apabila mendapati suaminya itu telah berkahwin lain.