Seperti Kain Kasa Di Atas Duri

Maksud : Perkara yang amat sukar untuk diselesaikan; harus sabar serta berhati-hati untuk menyelesaikannya.

Ayat Contoh : Perbalahan antara semua anak dan menantu Pak Salleh kerana berebut harta pusaka sudah menjadi seperti kain kasa di atas duri. Oleh itu, orang yang mahu mendamaikan mereka perlulah bersabar dan bertindak dengan berhati-hati.