Maksud : Orang yang sukar hendak melepaskan dirinya setelah terdorong melakukan sesuatu kerja.
Ayat Contoh : Ahli kongsi gelap itu berasa sukar untuk kembali ke pangkuan masyarakat kerana bimbang akan dibunuh oleh kawan-kawannya sendiri, kalau diteruskan mungkin ditangkap polis pula. Dia seperti kerbau tersepit leher, dihela tanduk sudah panjang, dialukan badan sudah besar.